05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN KEPADA PELAJAR UPSR

   solat hajat2  
 

1 September 2016 (Khamis) – Masjid Jamek Al-khadijiah dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Bangsar telah menganjurkan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Program yang melibatkan 250 pelajar dan 500 ibubapa dan 30 orang guru telah ditaja oleh Bank Islam Malaysia Berhad, UMNO Bahagian Lembah Pantai dan sumbangan individu daripada anak Kariah.

Program yang dimulai dengan Bacaan Yaasin beramai-ramai dan tahlil yang telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Fakhrul Radhi bin Khamaruddin selaku Juara Akademi Al- Quran musim ketiga dan kini merupakan daripada salah seorang daripada anggota kumpulan Nasyid UNIC. Selesai Bacaan Yaasin dan Doa, Majlis diteruskan dengan Solat Isyak dan Solat Hajat secara berjemaah.

Majlis diakhiri dengan Ucapan Perasmian oleh Ybhg. Dato’ Hj Zulkifli bin Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Al-Khadijiah, Kg. Pantai Dalam dan penyampaian Cenderahati kepada penaja dan sumbangan alat tulis kepada setiap pelajar yang akan menduduki peperiksaan serta jamuan makan malam.

 
     

solat hajat3 

solat hajat7 

solat hajat4 
     

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel