05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

CHONG WEI MENJADI TARIKAN

   DSC 0188  
 

31 Ogos 2016 (Khamis) – Masjid Jamek Al-Khadijiah telah menganjurkan satu program JOM SUBUH BAGI PENUH (JSBP)3.0 sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-59. Program yang kali ke 3 ini masih mengekalkan konsep yang sama seperti yang telah dianjurkan sebelum ini oleh Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Al-Khadijiah, Kg. Pantai Dalam.

JOM SUBUH BAGI PENUH 3.0 kali ini, telah meletakkan satu tajuk yang berjaya menarik minat anak muda dan belia di Pantai Dalam iaitu ‘JADILAH SEPERTI CHONG WEI’ . Program JSBP 3.0 ini dimulakan dengan aktiviti Qiyamunlail yang telah dipimpin oleh Us. Ir. Rozy Destiny. Selepas Solat Subuh JSBP 3.0 diteruskan dengan Forum yang telah disampaikan oleh Imam Muda Asyraf dan Us. Mohd Shahril bin Abd Samat, Naqib Masjid Jamek Al-Khadijiah, Kg Pantai Dalam

Program yang berjaya mengumpulkan pengunjung mencecah 600 orang yang melibatkan anak kariah dan juga pelajar-pelajar yang Sekolah Vokasional Sg. Buloh dan Sekolah Vokasional Kajang, Sekolah Kebangsaan Integrasi Masjid Darul Ehsan dan Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutuan telah menjadi tradisi Masjid Jamek al Khadijiah dengan Jamuan Sarapan Pagi yang Istimewa kepada semua Jemaah yang hadir. 
 
     
DSC 0031  DSC 0160  DSC 0163 
     

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel