05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ambangmerdeka2016 02

 

30~31 Ogos 2016M / 27~28 Zulkaedah 1437H (SELASA~RABU), Unit Penguatkuasaan, JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya (IPD Putrajaya) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah bergabung tenaga, menjayakan Operasi Bersepadu Ambang Merdeka Putrajaya 2016. Operasi ini merupakan operasi berkala yang dilaksanakan setiap tahun secara “Lautan Biru“ atau NBOS yang melibatkan agensi-agensi yang berkaitan bagi menguatkuasakan Akta 559 – Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997)

Antara kesalahan jenayah syariah yang menjadi tumpuan utama operasi kali ini ialah kesalahan di bawah Seksyen 29 – Perbuatan tidak sopan di tempat awam, Seksyen 27 – Khalwat, Seksyen 24 – Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dan juga Seksyen 19 – Meminum minuman yang memabukkan. 

Operasi yang bermula lebih kurang jam 12.00 tengah malam itu membabitkan lokasi-lokasi yang menjadi tempat tumpuan orang ramai di sekitar Putrajaya seperti Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Gemilang, Taman Cabaran, Taman Wetland, Taman Selatan. Operasi juga meliputi kawasan tempat letak kenderaan awam yang dilihat sebagai tempat –tempat yang berpotensi dijadikan tempat melakukan jenayah syariah.

Seramai 30 orang anggota telah menyertai operasi terdiri daripada  anggota penguatkuasa JAWI Cawangan Putrajaya, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Turut hadir Yang Berbahagia Tuan Haji Hazaruddin bin Baharuddin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Putrajaya , YDH ASP Salim B. Ahmad ( IPD Putrajaya ) dan Tuan Mokhzan Ariff b. Mohd Yusof ( JPN ).

Operasi berakhir lebih kurang jam 3.30 pagi. Semoga dengan adanya operasi bersepadu seumpama ini, akan dapat mengeratkan hubungan di antara agensi-agensi yang terlibat dan kerjasama akan dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman masyarakat berhubung dengan peruntukan Akta 559 -Kesalahan Jenayah Syariah 1997 di samping mencegah mereka daripada melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.

 

 

ambangmerdeka2016 01 ambangmerdeka2016 03
ambangmerdeka2016 04 ambangmerdeka2016 05
   

  

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Nur Mohd Fakhri Bin Jaafar. Teks oleh: Unit Penguatkuasaan. 

 

 

 


Cetak   Emel