05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAST2 07

 

1 September 2016M / 29 Zulkaedah 1437H (KHAMIS), Dewan Serbaguna, Kementerian Pengangkutan, Putrajaya telah berlangsung sekuel kedua JAWI Special Talk; ASWJ vs Syiah yang membincangkan Hakikat Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Bahaya Ancaman Syiah; Realiti di Malaysia.

ASWJ telah menjadi polemik sehingga ramai yang terkeliru mendefiniskannya, lebih malang lagi, ramai pula malas mengambil tahu. Sepanjang kehidupan kita penekanan syariah compliant dititikberatkan tetapi aqidah compliant seakan terpisah, tersisih dan tidak dihiraukan. Praktikal ajaran Islam amat penting tetapi asas akidah dan tauhid lebih utama untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan. 

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Unit Penyelidikan telah merangka siri kedua dengan pengisian yang masih lagi berkisar ajaran sesat yang dikesan di Putrajaya dan pencerahan hakikat Ahli Sunnah Wal Jamaah. Program ini mensasarkan agar peserta memahami akidah yang salim berdasarkan al-Quran dan as-Sunah, tiada unsur bid’ah dan mendewa-dewakan manusia seperti menganggap imam lebih mulai dari nabi dan kadang-kadang melebihi Tuhan. Diharap perkongsian ini mampu menjadi garis panduan kepada peserta sebelum mengamalkan sesuatu amalan dan menangkis ajaran sesat yang selalu mempesonakan secara lahiriah.

Bagi merealisasikan kefahaman ini, JAWI Cawangan Putrajaya telah menjemput tenaga pakar yang berwibawa dari Seksyen Akidah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAKIM, Tuan Mohd Radihan Saari dan Tuan Mohd Aizam Mas’od, Hampir 400 peserta hadir dari pelbagai agensi dan kementerian membanjiri dewan sejak awal pagi 

 

JAST2 01 JAST2 02
JAST2 03 JAST2 04
 JAST2 05  JAST2 06

  

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Nur Mohd Fakhri Bin Jaafar. Teks oleh: Unit Penyelidikan. 

 

 


Cetak   Emel