05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sambutan Santai Merdeka Masjid Al-Hidayah, Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur

 

Piemerdeka1

 

31 Ogos 2016 (RABU) – Masjid Al-Hidayah,  Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur (MAHSPKL), dibawah Biro Kebajikan & Rakan Muda bersama Biro Seranta & Hal Ehwal Wanita MAHSPKL menganjurkan program sempena Kemerdekaan Negara yang ke-59 dengan Tema “Sambutan Santai Merdeka”. Program dimeriahkan dengan pelbagai acara  iaitu Merentas Desa  Kategori  Remaja dan  Veteran, Kuiz  Merdeka, Pertandingan  Basikal Berhias, Konvoi Basikal Berhias serta Majlis Meraikan Warga Emas Anak Jati Kg. Sg. Penchala.

Menurut penganjur, idea  program ini tercetus apabila melihat kanak-kanak dan remaja anak kariah Kg. Sg. Penchala yang sering berbasikal  membawa bendera Malaysia di kawasan Masjid Al-Hidayah. Program yang pada awalnya dirancang secara sederhana bagi meraikan kanak-kanak dan remaja ini akhirnya menjadi lebih meriah dengan penyertaan golongan dewasa. Lebih teruja apabila penganjur mendapat sumbangan tajaan serta kerjasama dari pelbagai pihak, ini termasuklah DBKL, PDRM, Rukun Tetangga Kg. Sg. Penchala, Galeri Ilmu Media Group, Global Ikhwan Sdn Bhd, Mofaz Alla Fonte, F&N dan individu-individu.

Program  yang mendapat sambutan menggalakkan daripada  lebih daripada 300 orang anak kariah ini bertujuan menanamkan rasa cintakan negara dan sentiasa mengambil tahu terhadap sejarah perkembangan negara. Dalam masa yang sama, menarik minat setiap masyarakat di kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa untuk sentiasa berdamping dengan institusi masjid.

Alhamdulillah hasil daripada program ini, institusi masjid terutamanya barisan imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid dilihat telah berjaya menjalinkan kemesraan dan mengukuhkan ukhuwah dengan masyarakat setempat  dari pelbagai lapisan umur.

 

Piemerdeka2 Piemerdeka3
Piemerdeka4 Piemerdeka5
Piemerdeka6 Piemerdeka7
   
   

Disediakan Oleh:
Masjid Al-Hidayah,  Kg Sg Penchala, KL
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel