05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Penyerahan Kunci SRA Al-Jam'iyyah Jalan Air Panas, Setapak

AirPanas IMG 5249

2 September 2016 (Jumaat)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Penyerahan Kunci Projek Pembangunan Sekolah Rendah Agama Al-Jam’iyyah (SRAAJ) Jalan Air Panas, Setapak bertempat di Perkarangan SRA Al-Jam’iyyah Jalan Air Panas, Setapak Kuala Lumpur.

SRAAJ ditubuhkan sejak tahun 1997. Nama sekolah ini telah diambil sempena nama Surau Al-Jam’iyyah. Ketika itu sebahagian ruangan surau ini diberikan oleh pengerusi surau dijadikan sebagai kelas agama. Tempat yang terhad ini hanya mampu menempatkan murid tahun 1, 2 dan 3 pada sebelah pagi dan murid tahun 4, 5 dan 6 pada sebelah petang. Seramai 70 murid dan hanya 2 orang pengajar sahaja.

Tahun 1998, JAWI telah menyumbangkan wang berjumlah RM38,500 sebagai membaik pulih dan membina sebuah bilik untuk dijadikan bilik guru. Seramai 150 murid dan 5 orang guru dapat ditempatkan sehingga tahun 2002.

Dengan peningkatan murid dan guru setiap tahun sehingga 2013, pihak sekolah memperolehi sumbangan bilik stor surau dijadikan sebagai kelas dan bilik pengurusan jenazah dijadikan bilik transit murid dan bilik aktiviti.

JAWI sekali lagi berusaha membina sebuah bangunan sekolah yang baru demi keselesaan murid dan tenaga pengajar. Sekolah ini direka bentuk menjadi sebuah bangunan besar tesergam indah yang mempunyai empat aras dengan infrastruktur yang lengkap dan menarik serta mampu menampung bilangan murid yang semakin bertambah

SRA Al-Jam’iyyah kini merangkumi 24 buah kelas yang bole memuatkan 720 orang pelajar daripada tahun 1 hingga tahun 6, bilik guru, kantin, pondok pengawal dan dataran perhimpunan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI. Turut hadir, YBrs. Encik Bokhari Bin Hanifa, Wakil Kontraktor Hargaan Sdn. Bhd., Ustazah Zaiton Binti Abd. Rahman, KPPK Bahagian Pelajaran dan Encik Norzaidi Bin Ratiman, KPP Bahagian Pembangunan.

AirPanas IMG 5275 AirPanas IMG 5279
AirPanas IMG 5283 AirPanas IMG 5287
AirPanas IMG 5291 AirPanas IMG 5311
AirPanas IMG 5357 AirPanas IMG 5390

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel