05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sambutan Ambang Merdeka Yang Ke-59

Ambang FB IMG 1472456124471 1

29 Ogos 2016 (Isnin)Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, JAWI telah mengadakan Sambutan Ambang Kemerdekaan Yang Ke-59 pada 27 Ogos 2016 / 24 Zulkaedah 1437 di Perkarangan Masjid Al-Muttaqin.

Sambutan julung kali ini diadakan telah dihadiri seramai 250 orang daripada ahli kariah, pelajar-pelajar sekolah yang berdekatan termasuk juga Pertubuhan Anak Yatim serta Pusat Tahfiz. Antara pengisian pada hari tersebut ialah tayangan video, pertandingan mewarna, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan lukisan poster, pertandingan pakaian kebangsaan, pertandingan kuiz dan pertandingan basikal berhias serta cabutan bertuah.

Acara bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.45 tengah hari yang dimulakan dengan pendaftaran peserta. Selain itu, sambutan ini turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Mikraj.

Acara penyampaian hadiah serta perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Al-Muttaqin iaitu Tuan Haji Yahaya Bin Haji Din disusuli dengan nyanyian Lagu Merdeka oleh para peserta.

Ambang FB IMG 1472456150929 Ambang FB IMG 1472456163831 4
Ambang IMG-20160829-WA0005 2 Ambang IMG-20160829-WA0007 1

Foto dan teks oleh:

Pusat Pentadbiran Zon 4


Cetak   Emel