05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 WhatsApp Image 2016-09-01 at 10.43.41 AM

 

30 Ogos 2016 (Selasa) – Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar telah mengadakan kolaborasi bersama Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan menampilkan PU Razi di dalam slot ceramah Di Ambang Merdeka yang bertempat di dewan solat utama Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar.

Ceramah yang dimulakan selepas solat maghrib ini telah memukau hampir 400 anak kariah dan masyarakat sekitar dengan kesan suara dan montaj yang menarik yang ditampilkan oleh PU Razi. Program pada kali ini merupakan strategi pejabat zon supaya melebarkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dengan maksud yang satu iaitu mendidik masyarakat menghayati erti kemerdekaan yang ke-59.

Rata-rata anak kariah berpuas hati dengan penganjuran program seperti ini dan akan diteruskan pada masa akan datang yang impaknya besar iaitu memberikan kesedaran kepada masyarakat erti sebuah kemerdekaan dan mensyukuri nikmat menjadi rakyat yang merdeka di tanah air sendiri.

 

WhatsApp Image 2016-09-01 at 10.43.40 AM  WhatsApp Image 2016-09-01 at 10.43.39 AM 
   
Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur

Cetak   Emel