05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PENGANJUR PUSAT-PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

gambar-berita-ke-website-05 
 
 29 Ogos 2016 (Isnin) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Perjumpaan Bersama Penganjur Pusat-Pusat Kursus Praperkahwinan Islam Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Syura Perdana Aras 11, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

 

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh YBrs. Tn. Hj. Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah. Tujuan diadakan perjumpaan bagi memberikan beberapa peringatan terhadap pematuhan garis panduan dan pengawalan pusat-pusat Kursus disamping mengingatkan kepada penganjur agar lebih teliti dan tidak bersikap sambil lewa dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan Kursus Praperkahwinan.

 

Kehadiran seramai 40 orang penganjur syarikat dan wakil yang hadir. Majlis tersebut dihadiri oleh Dr. Abdul Ghaffar Bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga(BPPK),  Ustaz Muhamad Zakuwa Bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah BPPK, Ustaz Zakaria bin Mohamed, Ketua Cawangan PKI dan Ketua-ketua cawangan yang lain dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI.   
gambar-berita-ke-website-01 gambar-berita-ke-website-04
gambar-berita-ke-website-03 gambar-berita-ke-website-06
   


Disediakan oleh
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI KL


Cetak   Emel