05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Team Building Ketua Guru KAFA JAWI 2016

 

1a

5-9 Ogos 2016 – Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jalan Pantai Peranginan, Bukit Keluang, 22000, Besut, Terengganu, telah berlansung Kursus Semangat Kerja Berpasukan Ketua Guru KAFA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI selama 5 hari. Peserta kursus terdiri daripada 72 orang Ketua Guru KAFA dan dibantu oleh 8 orang fasilitator yang berpengalaman. Penceramah kursus dan Fasilitator adalah terdiri daripada Pegawai ILTIM sendiri termasuk pensyarah jemputan daripada UNISZA yang mempunyai banyak ilmu dan pengalaman dalam bidang pembentukan semangat kerja berpasukan. Pengisian kursus adalah terdiri daripada pengisian ilmu dari segi rohani, jasmani, menguji tahap ketahanan fizikal dan mental, di samping itu melatih Ketua Guru KAFA berfikiran lebih kreatif dan bertindak lebih bijak dalam menghadapi suatu masalah yang berkaitan di sekolah. Penekanan terhadap kemahiran mentadbir sesuatu organisasi juga diterapkan supaya mereka dapat menggalas tugas sebagai seorang Ketua Guru dengan lebih baik. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ustazah Zaiton binti Abdul Rahman Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran mewakili YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya Pengarah JAWI turut  dihadiri bersama Ustazah Khatijah binti Abd Rahman Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Sekolah. Manakala Majlis perasmian penutup pula disempurnakan oleh Ustazah Siti Fuziah Binti Bachok Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Sekolah Bahagian Pelajaran. Program ini adalah kerjasama dengan Persatuan Kebajikan Guru KAFA (PERKAFA).

 

1b 1c
1d 1e
1f 1g

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pelajaran,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Kuala Lumpur


Cetak   Emel