05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG 4574

 

20 Mac 2017 (Isnin) - Program Ceramah Perdana anjuran bersama Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Masjid al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat. Penceramah undangan iaitu Ustaz Syamsul Debat telah menarik ramai jemaah untuk hadir ke program ilmu ini seawal jam 7.00 malam yang telah diadakan di perkarangan Masjid al-Zakirin.

“Kesempurnaan Iman dan Kepentingan Ilmu” adalah tajuk yang dikupas oleh penceramah. Penekanan terhadap soal akidah merupakan asas utama melahirkan seorang insan mukmin yang sejati yang mampu mengharungi cabaran yang mendatang pada masa kini. Semoga dengan curahan ilmu yang diberikan mampu mencapai objektif program iaitu meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman dalam hidup beragama, selain itu, ia juga dapat meningkatkan syiar ukhuwah sesama muslim di kalangan jemaah setempat.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, YB Senator Datuk Hj Yahaya bin Mat Ghani dan pengerusi masjid-masjid dan surau-surau di Zon 1 terutama di dalam kariah Masjid al-Zakirin.

 

IMG 4540 IMG 4571
IMG 4542 IMG 4570
   


Disediakan oleh

Pusat Pentadbiran Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel