05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar Kukuhkan Hubungan Bersama Pejabat Agama Islam Daerah Manjung

Manjung1

8 Ogos 2016 (Isnin)– Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar telah menerima satu kunjungan  lawatan dari Pejabat Agama Islam Daerah Manjung, Perak. Seramai 17 orang tetamu yang hadir terdiri daripada para pegawai dan 3 ahli jawatankuasa masjid daerah Manjung telah menyertai rombongan lawatan ini. Rombongan lawatan ini diketuai oleh Ustaz Roslin Om, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Manjung. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membina jalinan kerjasama yang erat bersama dengan pihak Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar disamping juga untuk berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan dengan hal ehwal pengurusan masjid ini yang disifatkan begitu teratur dan sistematik.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Datuk Ibrahim bin Thamby Chik, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar dan disusuli dengan tayangan video korporat dan  taklimat khas mengenai segala informasi maklumat berkaitan masjid ini. Delegasi kemudiannya mengikuti sesi lawatan di sekitar kawasan luaran dan dalaman masjid ini. Seterusnya rombongan lawatan dibawa untuk sesi bergambar bersama AJK Kariah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. 

 

Manjung2 Manjung3
Manjung4 Manjung1
   
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel