05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KEMBARA SUCI 01

 

6 Ogos 2016M / 3 Zulkaedah 1437H (SABTU)  – Unit Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya telah mengadakan program Kembara Suci : Iktibar Kehidupan Siri 2 dan kali ini  ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Program ini melibatkan Saudara Baru di Wilayah Persekutuan Putrajaya . Di dalam perjalanan, kuiz agama telah diadakan dan dikendalikan oleh dua orang pelajar praktikal iaitu Saudara Mohd Hazmie bin Mohd Johari (UNiSZA) dan Saudara Mohd Shabil Muhafiz bin Harun (UKM). Peserta yang menjawab soalan kuiz dengan betul diberi cenderahati. 

Program ini juga bertepatan dengan tarikh program yang dianjurkan oleh Masjid Cina Negeri Melaka di mana peserta berpeluang mendengar ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Farid Ravi bin Abdullah yang bertajuk “ Saudara Muslim dan Aidilfitri”. Selepas acara perasmian, peserta menikmati jamuan tengah hari yang menyediakan pelbagai juadah bersempena dengan sambutan Aidilfitri. Dua orang peserta Saudara Baru dari Putrajaya  bertuah kerana telah memenangi acara Cabutan Nama Bertuah. Peserta kemudiannya dibawa ke Balai Cerap Al-Khawarizmi yang terletak di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka. Peserta berpeluang untuk mengunjungi galeri  sistem suria dan peralatan cerapan yang digunakan untuk mencerap matahari dan bintang. Bagi menunaikan solat Qasar dan Jama’, peserta telah diberi penerangan oleh YBhg. Ustaz Haji Mohd Samadi bin Haji Arshad, Pegawai dari Unit Penguatkuasaan, JAWI Cawangan Putrajaya.

 

 

KEMBARA SUCI 10 KEMBARA SUCI 09
KEMBARA SUCI 07 KEMBARA SUCI 04
 KEMBARA SUCI 08  KEMBARA SUCI 06

  

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Zul Helmi Bin Abdul Rashid. Teks oleh: Unit Pengurusan Dakwah. 

 


Cetak   Emel