05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perasmian Penutup Bengkel Pemantapan Profesional Imam Dan Bilal Anjuran Zon 4

Zon4 DSCF8708

8 Ogos 2016 (Isnin) – Pusat Pentadbiran Zon 4, Bahagian Pengurusan  Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Bengkel Pemantapan Profesional Imam Dan Bilal pada 6 Ogos 2016. Bengkel ini telah dijalankan sebanyak 6 siri yang bermula pada 21 Mei 2016 dan berakhir pada 6 Ogos 2016. Penyertaan seramai 110 orang peserta yang terdiri daripada Imam dan Bilal dibawah seliaan Pusat Pentadbiran Zon 4.

Antara objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran dan kefahaman para Imam dan Bilal mengenai Fiqh Imam dan Bilal, mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran dan adzan dari segi tajwid, sifatul hurf serta pendedahan tentang kaedah dan teknik sebagai imam dan bilal yang professional dari segenap aspek kemahiran meliputi personaliti, bacaan dan sebagainya.

Majlis Perasmian Penutup ini telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras Pusat Zon 4 iaitu YBhg. Tuan Wan Yusuff Bin W. Ishak.

Zon4 DSCF8713 Zon4 DSCF8710
Zon4 DSCF8716 Zon4 DSCF8714 2

Foto dan teks oleh:

Pusat Pentadbiran Zon 4


Cetak   Emel