05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Jamuan Aidilfitri Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju

MUBZ 2016-08-04 20.31.37

5 Ogos 2016 (Jumaat) – Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4 telah mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri pada hari khamis bersamaan 4 Ogos 2016 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Usamah Bin Zaid.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP, YB. Datuk Fauzi Bin Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa, YBhg. Tuan Haji Yaakob Bin Abd Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBhg. Tuan Haji Jaafar Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bhg Pengurusan Kariah JAWI, Pengerusi-Pengerusi Masjid, Surau Jumaat dan surau biasa di bawah pentadbiran Zon 4.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Yasin oleh YBhg. Ustaz Murshidi Bin Abd Hamid, Ketua Imam Masjid Usamah Bin Zaid, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh YB. Datuk Fauzi Bin Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa.

Kemuncak acara jamuan Aidilfitri bermula selepas solat Isyak dan tamat pada jam 10.30 malam dengan kehadiran kira-kira 500 orang jemaah muslimin dan muslimat.

MUBZ 2016-08-04 21.09.14 MUBZ 2016-08-04 21.09.59
MUBZ 2016-08-04 21.15.46 MUBZ 2016-08-04 21.47.12

Foto dan teks oleh:

Pusat Pentadbiran Zon 4


Cetak   Emel