05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Kesedaran Halal Peringkat Wilayah Persekutuan 2016

 

kesedaran halal 3

 

4 Ogos 2016 (Khamis) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Seminar Kesedaran Halal Peringkat Wilayah Persekutuan 2016 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Seminar tersebut telah dihadiri seramai 130 orang pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ceramah yang bertajuk isu-isu halal semasa telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Amri bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dasar, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Seminar ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat mengenai konsep pemakanan halalan toyyiban terhadap umat Islam serta isu-isu halal semasa agar kita peka dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. 

 
 kesedaran halal 1   kesedaran halal 2

 


Cetak   Emel