Warga JAWI Beraya Bersama Bahagian Pengurusan Dakwah
29 Julai 2016 | 24 Syawal 1437H – Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya bertempat di Tingkat 5, Kompleks Pusat Islam, JAWI pada 27 Julai 2016. Jamuan yang bermula pada jam 11.00 pagi ini telah melibatkan semua pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah dan disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI dengan upacara pemotongan pulut kuning. Turut hadir pada jamuan Hari Raya anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah ini ialah Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, Ketua-ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian di JAWI serta jemputan-jemputan lain terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI. Antara menu yang disediakan ialah Gulai Kawah, serta mee dan bihun sup. Majlis jamuan Hari Raya Bahagian Pengurusan Dakwah telah berakhir pada jam 2.00 petang.
Bahagian Pengurusan Dakwah,
|