05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Kelas Tarannum Al-Quran Anjuran Masjid Al-Akram Datuk Keramat, Zon 4

 

DSC 3311

01 Oktober 2016 (Rabu ) -   Masjid Al-Akram, Kg Datuk Keramat , Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4 telah mengadakan satu  Program Kelas Pengajian Tarannum, bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat, pada 1 Oktober 2016.

Acara kelas ini akan bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi setiap minggu pada hari sabtu yang telah dikendalikan oleh  Ustaz Haji Mohd Nor Bin Ahmad ( Johan Qari Peringkat Wilayah Persekutuan ) selaku Ketua Tenaga Pelajar serta dibantu oleh Abdul Khaliq Suman Dan Nurpiati Binti Sofyan Sori.    

Objektif utama kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anak kariah ke tahap yang lebih tinggi dalam pembacaan Al-Quran serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta-peserta yang terlibat.

Sasaran akhir adalah untuk mengadakan  Musabaqah Al-Quran Peringkat Masjid Al-Akram setelah pengajian silibus selesai dengan sempurna.

Seramai 60 peserta hadir bagi bersama-sama di dalam program yang melibatkan anak kariah Kampung Datuk Keramat serta kawasan sekitar. Harapan agar program ini akan melahirkan produktiviti yang tinggi sehingga dapat mewakili mana-mana pertandingan Tilawah Al-Quran  samada diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat iaitu, Tuan  Haji Abdul Karim Bin Mat Asil.

 

DSC 3307 DSC 3309
DSC 3312 DSC 3315
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel