05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

RAMADHAN1437H 03

 

22 Jun 2016M / 17 Ramadhan 1437H(Rabu) - JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya telah mengadakan Majlis Semarak Ramadhan Dan Ramah Mesra Jawatankuasa Surau Jumaat Putrajaya Sesi 2016 - 2018 Bersama Pengarah JAWI bertempat di Dewan Solat Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya.

Antara acara yang menjadi pengisian dalam majlis yang dihadiri oleh Pengerusi-pengerusi dan wakil Ahli Jawatankuasa Surau Jumaat Putrajaya ini ialah penyerahan surat pelantikan bagi barisan Jawatankuasa baru surau-surau Jumaat sesi 2016 – 2018. Di samping itu, para hadrin berpeluang berinteraksi bersama YBhg. Pengarah JAWI melalui sesi ramah mesra yang diadakan.

Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian tazkirah sempena Nuzul Al-Quran oleh Al-Fadhil Ustaz Hasim bin Harun, pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah, IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi sejurus selesai solat tarawih.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Bukhari bin Ab. Hamid, Pengerusi Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya manakala ucapan perasmian dan penyerahan surat pelantikan bagi barisan Jawatankuasa Surau Jumaat Putrajaya disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya.
 
 
 
RAMADHAN1437H 06 RAMADHAN1437H 07
RAMADHAN1437H 01 RAMADHAN1437H 05
 RAMADHAN1437H 02  RAMADHAN1437H 04

 

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Nurol Aminah Binti Othman. Teks oleh: Unit Pengurusan Masjid. 


Cetak   Emel