05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

50 Asnaf Disantuni Masjid Ar Rahah

Pic 1 50 Asnaf Disantuni

 

26 Jun 2016M / 21 Ramadhan 1437H (Ahad) – Ramadhan merupakan bulan rahmat dan kebajikan. Setiap amalan kebaikan digandakan pahalanya termasuk membantu mereka yang memerlukan.

 

Mengambil semangat keberkatan Ramadhan dan demi membantu anak kariah yang terdiri daripada asnaf, Masjid Ar Rahah telah menganjurkan satu program khas agihan sumbangan yang diadakan di Dewan Solat Masjid Ar Rahah.

 

Seramai 50 orang asnaf terpilih telah dijemput untuk menerima sumbangan tersebut. Sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Ar Rahah iaitu Tuan Haji Yahya Bin Yusop dan Puan Jamilah Bt Ali. Turut hadir Ketua Imam Masjid Ar Rahah , Ustaz Mohammad Akmal Abd Aziz.

 

Jelas terpancar kegembiraan di wajah penerima-penerima sumbangan dan semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka khususnya untuk persiapan Aidilfitri yang bakal menjelma.

   
Pic 2 50 Asnaf Disantuni Pic 3 50 Asnaf Disantuni
Pic 4 50 Asnaf Disantuni Pic 5 50 Asnaf Disantuni
   
   

Disediakan oleh:

Masjid Ar-Rahah, Bangsar South, Kuala Lumpur
Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel