05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG-20160620-WA0005

 20 Jun 2016 ( Isnin )-  Kementerian Wilayah Persekutuan & Masjid Al-Akram, Kg Datuk Keramat , Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4 telah mengadakan satu  Program Nur Ramadhan Peringkat Parlimen Titiwangsa, bertempat di perkarangan Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat, pada 19 Jun 2016.

Antara pengisian dalam program ini ialah seperti  gotong royong mengacau bubur lambuk dan memasak bersama-sama untuk majlis berbuka puasa. Antara agensi yang terlibat adalah MPP Zon Keramat, Belia 4B Titiwangsa serta sebahagian besar anak kariah Datuk Keramat.

Bagi acara kemuncak pula majlis Nur Ramadhan  di mulai dengan bacaan Al-Quran, manakala ucapan  di sampaikan oleh YB Datuk Johari Bin Abdul Ghani selaku Timbalan Menteri Kewangan, merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, serahan mock cek kepada Masjid Al-Akram Datuk Keramat dan sumbangan hari raya kepada peserta  yang berdaftar dan terpilih sahaja. Seterusnya majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.  

Seramai 1000 peserta hadir bagi bersama-sama di dalam program ini walau dalam keadaan cuaca hujan yang agak lebat. Harapan agar program ini menjadi satu budaya yang berterusan sepanjang zaman.   

 

IMG-20160620-WA0008 DSC 2427
DSC 2430 IMG-20160620-WA0009
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel