05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG-20160618-WA0021

20 Jun  2016 (Isnin) – Pusat Pentadbiran Zon 4 Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama 63 buah Surau di bawah Pentadbiran Zon 4 telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Profesional Imam dan Bilal bagi surau-surau yang berdaftar di bawah seliaan Pusat Zon 4 pada 18 Jun 2016.

Peserta bengkel seramai hampir 80 orang telah mengikuti kelas pengajian Tajwid yang telah disampaikan oleh Ybhg Us Hassan Al-Fadhli Bin Abdul Rahman . Antara objektif bengkel ialah  bagi mempertingkatkan kemahiran dan kefahaman para imam dan Bilal berkaitan ilmu tajwid, memperbaiki serta mempertingkatkan mutu bacaan al-quran dan adzan dari segi Tajwid, Sifatul Hurf dan juga pendedahan tentang kaedah dan juga teknik sebagai imam dan bilal yang professional dari setiap aspek kemahiran meliputi personaliti, bacaan dan sebagainya.

Kesungguhan peserta dalam mempelajari ilmu tajwid dengan mengemukakan soalan-soalan yang dikemukakan kepada penceramah menunjukkan minat yang mendalam dalam mendalami lagi ilmu tajwid.

 

IMG 2859 IMG 2858
IMG-20160618-WA0017 IMG-20160618-WA0019
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel