05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Warga JAWI Perkukuh Ilmu 'Tajhiz' Jenazah

 
kafan7

 

16 Jun 2016 | 11 Ramadan 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Penyelarasan & Kebajikan Islam telah menganjurkan Kursus Kemahiran dan Seni Penyediaan Kain Kafan pada 14 Jun 2016 bertempat di Surau Muhajirin, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kursus selama 1 hari itu telah berlangsung dalam 2 sesi iaitu sesi teori & sesi amali melibatkan 42 orang pegawai dan kakitangan JAWI. Kursus ini dianjurkan antara lain bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta kursus mengenai tatacara, adab-adab serta kaedah pengurusan jenazah yang betul dan selamat di samping memberikan pendedahan kepada para peserta tentang ilmu pengurusan jenazah yang merupakan sunat muakkad.

 

Kursus yang dikendalikan oleh Y.Bhg. Ustaz Marngi bin Wasim dengan dibantu oleh kakitangan Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah ini telah diakhiri dengan majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, Tuan Yusof bin Mamat. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar semua warga JAWI dapat memanfaatkan segala ilmu pengurusan jenazah yang telah disampaikan sekaligus dapat dipraktikkan di saat masyarakat memerlukan. 

 

 

kafan5 kafan8
kafan9 kafan
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel