05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Tafaqquh Munakahat Siri 1/2016 Bersama Mufti Wilayah Persekutuan

Kelas-bersama-Musti-WPKL-01

 

9 Jun 2016M / 4 Ramadan 1437H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kelas Tafaqquh Munakahat Siri 1/2016 bertempat di Surau Al-Muhajirin, JAWI Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

Kelas Tafaqquh Munakahat tersebut bermula pada jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi. Seramai 50 orang terdiri daripada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ atau jurunikah serta pegawai dan kakitangan bahagian-bahagian JAWI hadir dalam kelas tersebut.

Di dalam kelas tersebut, S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengupas tajuk Sah Nikah Sah Nasab. Antara penjelasan dalam tajuk tersebut adalah berkaitan hukum bernikah sewaktu mengandung, hikmah pensyariatan wali dan kupasan isu tentang anak tidak sah taraf.

Semoga Kelas Tafaqquh Munakahat ini memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada siri yang akan datang. 

Kelas-bersama-Musti-WPKL-02 Kelas-bersama-Musti-WPKL-05
Kelas-bersama-Musti-WPKL-04 Kelas-bersama-Musti-WPKL-03
   
   
   

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)


Cetak   Emel