05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BOWLING 06

 

29 Mei 2016M / 22 Syaaban 1437H (Ahad) - Aspek kerjasama dan semangat setiakawan adalah sangat penting dalam pembentukan hubungan yang harmoni dan kehidupan yang sejahtera. Selaras dengan matlamat yang ingin dicapai, Unit Pengurusan Masjid, JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama pihak Surau Alam Shah Putrajaya menganjurkan Pertandingan Bowling Peringkat Surau-surau Jumaat Putrajaya yang bertempat di Ampang Super Bowl, Bangi Gateway, Selangor.

Pertandingan yang disertai oleh 12 pasukan (8 peserta setiap pasukan) yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa, para imam dan bilal surau-surau Jumaat Putrajaya ini ternyata mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Pertandingan bercorak santai ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan persefahaman antara pihak JAWI dan barisan Jawatankuasa, para imam dan bilal surau-surau di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Dalam edisi kali ini, para peserta dari Surau Al-Muttaqin Presint 5R6 dinobatkan selaku juara keseluruhan dan membawa pulang piala pusingan.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Dato’ Haji Haidzir bin Hussin, Pengerusi Surau Alam Shah manakala perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.

 
BOWLING 01 BOWLING 02
vip BOWLING 03
 BOWLING 04  BOWLING 05

 

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Nurol Aminah Binti Othman. Teks oleh: Unit Pengurusan Masjid. 


Cetak   Emel