05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Peningkatan Kemahiran Rundingcara Keluarga Siri 1/2016

Asas-kaunseling-pic-1

 

16 Mei 2016 (Isnin)-Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Kuala Lumpur telah mengadakan Kelas Peningkatan Kemahiran Rundingcara Keluarga  siri 1/2016 bertempat di Dewan Hadhari, JAWI. Kelas yang bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari ini telah mendapat sambutan yang baik daripada peserta-peserta yang telah dijemput. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai rundingcara di BPPK, fasilitator Pusat Khidmat Komuniti, Sosial, dan Keluarga (PKKSK) serta pegawai dan kakitangan JAWI.

 

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada kepada kakitangan BPPK tentang ilmu kaunseling dan kaedah mengendalikan sesi rundingcara keluarga. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk mempertingkatkan kemahiran dan teknik rundingcara kepada kakitangan BPPK dan fasilitator PKKSK yang terlibat dalam mengendalikan sesi rundingcara.

 

Perkongsian ilmu berkaitan kaunseling dan rundingcara ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Norazman bin Amat,Ketua Eksekutif  Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Dalam kelas kemahiran rundingcara ini, Tuan Haji Norazman telah memberi penerangan berkenaan teknik-teknik di dalam proses kaunseling iaitu secara langsung dan tidak langsung. Kesemua teknik-teknik ini memainkan peranan yang penting dalam proses kaunseling kerana ia akan memberi refleksi dan dorongan minima kepada klien. Walaupun terdapat perbezaan antara istilah dan pengendalian sesi kaunseling dan sesi rundingcara, Ilmu yang diberikan dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam menjalankan tugasan sebagai perunding keluarga.

 

Pihak penganjur berharap agar pelaksanaan program ini memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan akan mendapat sambutan yang menggalakkan pada siri program yang akan datang.

 

Asas-kaunseling-pic-2 Asas-kaunseling-pic-4
Asas-kaunseling-pic-5 Asas-kaunseling-pic-3
   
   
   

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)


Cetak   Emel