05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bersih Masjid Bersih Jiwa @ Salahuddin Al-Ayyubi

SA5

04 Jun 2016 (Sabtu)-  Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati dengan kerjasama Bomba Wangsa Maju, persatuan penduduk dan anak-anak kariah telah mengadakan satu program gotong-royong membersihkan masjid. Program ini dianjurkan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini.

Seramai 100 orang telah menyertai program gotong-royong yang bermula pada pukul 8.30 pagi. Tugasan-tugasan telah diagihkan oleh Ketua Imam kepada 2 bahagian iaitu pembersihan luaran dan dalaman. Bahagian luaran antaranya mengecat batu dibahu jalan, mencuci longkang, memotong rumput dan merapikan pokok-pokok bunga. Bahagian dalaman pula dilakukan pembersihan karpet masjid dan pemasangan langsir untuk ruangan solat muslimat.

Alhamdulillah program ini berjaya dijalankan dan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Jamuan makan disediakan oleh pihak catering masjid untuk semua yang hadir.

SA3 SA4
SA1 SA2
   
   
   

Foto dan Teks Disediakan Oleh:

Masjid Salahuddin Al-Ayyubi

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2

Bahagian Pengurusan Masjid


Cetak   Emel