05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Fail Meja Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 2016

1 640x480

30 Mei –1 Jun 2016 (Isnin - Rabu) – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjaya menganjurkan Bengkel Fail Meja untuk Bahagian ini bertempat di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam Selangor. Bengkel selama tiga hari dari 30 Mei hingga 1 Jun 2016 ini melibatkan seramai 40 orang peserta daripada pelbagai gred jawatan di Bahagian Pengurusan Masjid.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mengemas kini fail meja bagi setiap gred jawatan yang ada di Bahagian ini mengikut senarai tugas yang terkini. Sehubungan itu, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan sambil dibimbing oleh seorang fasilitator untuk setiap kumpulan.

Majlis perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid yang telah menyampaikan harapan beliau agar setiap pegawai dan kakitangan Bahagian akan mempunyai fail meja masing-masing yang akan menjadi panduan bagi mereka dalam melaksanakan tugas.

2 640x480 3 640x480
4 640x480 400x300 5 640x480
6 640x480 7 640x480
   
   

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel