05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 Siri 3/2016

Kelas-Bacaan-Akta-1Jun-01

 

1 Jun 2016 (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)  telah mengadakan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 3/2016 bertempat di Dewan Syura Wawasan, Aras 2, Kompleks Pusat Islam, JAWI. Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 ini disertai oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai,Ruju’ Wilayah Persekutuan, kakitangan BPPK dan juga pegawai-pegawai di bahagian-bahagian JAWI.

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 bagi Siri 3/2016 telah disampaikan oleh YAA Dato’ Dr. Na’im bin Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Selangor. YAA telah menerangkan dan mengupas tentang seksyen 24, 25, 26 dan 27 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). YAA juga menjawab kemusykilan yang timbul dalam kalangan pegawai dan kakitangan BPPK berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian, dan ruju’ yang berlaku semasa menjalankan tugas.

Antara isu-isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan akad nikah perkahwinan di Kedutaan Malaysia, dsb di luar negeri, pendaftaran perkahwinan, surat perkaun nikah dan surat perakuan ta’liq serta tanggungjawab Pendaftar untuk melaporkan perkahwinan yang tidak sah atau menyalahi undang-undang.

Kelas ini memberi banyak ilmu dan manfaat dari sudut undang-undang keluarga islam kepada pegawai-pegawai di JAWI, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah,Cerai dan Ruju’ serta kakitangan BPPK kerana banyak kemusykilan dari sudut perundangan yang berlaku sewaktu menjalankan tugas dapat diselesaikan.

 

Kelas-Bacaan-Akta-1Jun-02 Kelas-Bacaan-akta-1Jun-03
Kelas-Bacaan-Akta-1Jun-04 Kelas-Bacaan-Akta-01Jun-05
   
   
   

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)


Cetak   Emel