05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Ziarah Hospital-Hospital Sepanjang Ramadan

 
ziarahramadan3

7 Jun 2016 | 2 Ramadan 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan program Ziarah Kebajikan ke hospital-hospital sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sepanjang bulan Ramadan 1437H. Antara hospital yang terlibat dalam program Ziarah Kebajikan ini ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Putrajaya. Program ziarah ini melibatkan pegawai-pegawai dan kakitangan bahagian-bahagian di JAWI mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

Antara objektif program Ziarah Kebajikan ini ialah bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman tentang ibadah puasa di bulan Ramadan kepada pesakit, menghidupkan amalan ziarah menziarahi di bulan Ramadan di samping menjalinkan ukhwah islamiyah antara JAWI dan pihak hospital. Pihak JAWI turut mengedarkan Goodies bag yang berisi kurma dan air zam-zam serta pamplet panduan ibadah pesakit. JAWI berharap agar aktiviti ziarah ini dapat memberi semangat dan perangsang kepada mereka dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Semoga aktiviti ini mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T. 

 

ziarahramadan ziarahramadan6
ziarahramadan8 ziarahramadan12
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel