05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Siri 2

2 Jun 2016 (Khamis) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bertempat di Dewan Makan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program seminar ini telah dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pemegang tauliah mengajar di Wilayah Persekutuan (Imam-imam masjid, guru-guru SRA dan KAFA), pegawai dan kakitangan JAWI serta pegawai dan kakitangan kerajaan dari jabatan lain (JUPEM, IPD Ampang, IPD Selangor).

Slot ceramah pertama telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Mustakim bin Mohamood@Fauzi, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan tajuk "Fahaman / Ajaran Yang Menyeleweng Daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah". Manakala slot ceramah kedua pula disampaikan oleh Supt. Norliah bt Selamat dari Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan tajuk "Ajaran Sesat - Ancaman Keselamatan Negara".

Objektif utama program seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta tentang fahaman / ajaran yang menyelahi akidah ahli sunnah wal jamaah serta ancamannya kepada keselamatan negara dan agama. 

 
GAMBAR 1 GAMBAR 2 GAMBAR 3
 GAMBAR 4  GAMBAR 5  GAMBAR 6

Cetak   Emel