05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penyediaan Dokumen SRA

 

 

 

2 Jun 2016 / 26 Sya’aban1237H (Khamis) - Unit Perancangan Akademik dan Kurikulum telah mengadakan bengkel Penyediaan Dokumen Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Bilik Mesyuarat Aras 2. Penceramah bagi bengkel ini ialah Puan Nor Azza Binti Ibrahim, Penolong Pengarah Bidang Pendidikan Islam, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia yang berpengalaman lebih kurang 11 tahun dalam bidang kurikulum di Kementerian Pendidikan. Bengkel ini melibatkan 11 orang peserta terdiri dari 3 orang pegawai, penolong pegawai dan guru-guru SRA yang terpilih.

Antara objektif diadakan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan penjelasan berkaitan dengan pembinaan kurikulum dan dokumen standard yang kini disebut sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP ). Bengkel ini banyak membantu unit ini untuk menambah baik cara pembinaan DSKP yang lebih tersusun bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam secara holistik, bersepadu dan berkembang selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam JAWI.

 

   

Cetak   Emel