05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG-20160605-WA0019

6 Jun 2016 (Isnin) -Pusat Zon 4 Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dengan kerjasama Surau Taman  Bunga Raya Setapak telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Bilal Idaman bertempat di Surau Taman Bunga Raya Setapak pada 4 Jun 2016. Peserta kursus seramai 20 orang peserta terdiri daripada bilal surau Taman berkenaan dan juga dari surau yang berdekatan yang akan bertugas pada bulan Ramadhan pada tahun ini.

Peserta kursus dibimbing oleh Us Jeffri Bin Bujang yang merupakan salah seorang pemenang Program Bilal Idaman. Peserta khusus didedahkan dengan pengenalan tarannum yang biasa diamalkan di Malaysia. Sebanyak 5 jenis tarannum telah diberi pendedahan, para peserta telah dilatih untuk fokus supaya mahir dengan dua buah tarannum azan iaitu rast dan hijaz.

Peserta telah dilatih memperdengarkan azan setiap seorang pada masa kursus berlangsung. Harapan daripada Pusat zon 4 agar setiap peserta akan lebih mahir dan dapat menguasai tarannum yang telah dipelajari.

 

IMG-20160605-WA0022 IMG-20160605-WA0023
IMG-20160605-WA0024 IMG-20160605-WA0020
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel