05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Mencari Ramadhan Yang Diberkati

Pic Ceramah Ambang Ramadhan 1

 

2 Jun 2016M / 26 Sya’ban 1437H (Khamis) – Masjid Al-Hidayah,  Kg Sungai Penchala, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Ceramah Ambang Ramadhan yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek iaitu seorang penceramah bebas dan selebriti yang selalu bersiaran di televisyen khususnya dalam slot Tanyalah Ustaz TV9.

 

Ceramah khas ini diadakan bertujuan untuk member nilai tambah kepada para jemaah terhadap ibadah puasa yang bakal dijalani beberapa hari lagi. Penceramah telah berkongsi pengetahuan tentang hokum hakam dan kelebihan-kelebihan yang terkandung di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

 

Program ini diraikan oleh lebih 250 orang jemaah yang terdiri daripada anak kariah sekitar Kg Sungai Penchala. Justeru itu, adalah diharapkan para jemaah yang hadir dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan sempurna serta diterima oleh Allah SWT.

   
Pic Ceramah Ambang Ramadhan 2 Pic Ceramah Ambang Ramadhan 3
Pic Ceramah Ambang Ramadhan 4 Pic Ceramah Ambang Ramadhan 5
   
   

Disediakan oleh:

Masjid Al-Hidayah, Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur
Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel