05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

CJS 2 05

  

26 Mei 2016M / 19 Syaaban 1437H (Khamis) Unit Penguatkuasaan,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah mengadakan Program CJS Talk Siri 2/2016 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 8 (1), Presint 8, Putrajaya. 

Program CJS Talk merupakan suatu program untuk menjelaskan tentang seksyen-seksyen dan Akta yang terdapat dalam Undang-Undang Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Peserta Program CJS Talk ini seramai 700 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 8 (1), Presint 8, Putrajaya.Pengisian Program telah dibahagi kepada dua kumpulan pelajar. Kumpulan 1 Tingkatan 4 & 5 serta Kumpulan 2 Tingkatan 1 hingga 3 :- Ceramah yang berkaitan dengan 

  1. seksyen 14 Akta 559 iaitu Tidak Menunaikan Solat Jumaat.
  2. seksyen 18 Akta 559 iaitu Berjudi.
  3. seksyen 19 Akta 559 iaitu Minum Minuman yang memabukkan.
  4. seksyen 29 Akta 559 iaitu Perlakuan Tidak Sopan.
  5. seksyen 27 Akta 559 iaitu Berkhalwat.
  6. seksyen 24 Akta 559 iaitu Persediaan Untuk Melakukan Hubungan Luar Nikah.
  7. seksyen 23 Akta 559 iaitu Perhubungan Luar Nikah.
  8. seksyen 84 Akta 505 iaitu Memunggut Derma Khairat Tanpa Kebenaran Majlis Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan. 

Program ini juga diselitkan dengan sesi soal jawab, dimana banyak soalan telah ditimbulkan oleh pelajar-pelajar berkaitan dengan seksyen yang telah dijelaskan. 

Majlis Penutup program ini dan penyampaian cendera hati telah disempurnakan oleh Puan Norhayati, Penolong Kanan 1, mewakili Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 8 (1), Presint 8, Putrajaya diiringi oleh Puan Adeebah Binti Ali, Penolong Kanan HEM. 

Rumusan:- 

Program CJS Talk ini adalah salah satu usaha untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah berkaitan dengan Undang-Undang Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Program ini juga telah mendapat respon yang positif daripada Pejabat Pendidikan Daerah di Putrajaya dan juga Pihak Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1), Putrajaya.

Program CJS Talk ini juga diharapkan dapat dijelaskan kepada semua sekolah di sekitar putrajaya dan kepada semua guru-guru yang berkhidmat di sekolah sekitar putrajaya. 

 
CJS 2 01 CJS 2 03
CJS 2 02 CJS 2 07
 CJS 2 06  CJS 2 09

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Nazli Bin Yaacob. Teks oleh: Unit Penguatkuasaan. 


Cetak   Emel