05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kem Kembara Amal

Kem Kembara Amal 1

 

27-29 Mei 2016M / 20-22 Sya’ban 1437H Masjid Jamek Al-Khadijiah dengan kerjasama Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kem Kembara Amal yang telah diadakan di Institut Tahfiz Al-Quran Lil Muttaqin Sg Tekala, Semenyih (INSTAQLIM). Kem Kembara Amal yang telah melibatkan 96 orang remaja daripada anak Kariah Masjid Jamek Al-Khadijiah adalah bertujuan bagi memupuk, membentuk dan membina kesedaran peserta berkaitan peranan dan  tanggungjawab untuk membina dan memajukan diri demi agama, bangsa dan negara.

Pengisian kembara tidak cukup dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) – malah ditambah dengan teori, seterusnya kepada aktiviti lapangan. Antara aktiviti yang menarik adalah melawat Rumah Jagaan Nur Hasanah di Beranang. Hari pertama di Rumah Jagaan Orang Tua Nur Hasanah, penghuni berasa terharu dengan kunjungan peserta sehingga ada yang menitiskan air mata. Kami dimaklumkan bahawa, ini merupakan kali pertama penghuni dikunjungi oleh ramai anak-anak belia. Justeru itu, taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha Pusat Jagaan Nur Hasanah yang dikenali sebagai Cik Ida mengenai rumah jagaan tersebut dan ucapan daripada wakil Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutuan.

Di Pusat Jagaan Nur Hasanah, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan besar. Sebahagian, mengemas di dua kawasan dan sebahagian lagi beramah mesra dengan penghuni pusat jagaan. Selepas makan bersama, aktiviti diteruskan lagi dengan membersihkan kawasan sekitar dan mengecat sebahagian kawasan rumah Nur Hasanah. Majlis penutup dirasmikan oleh En. Mohd Suhaimi Che Him, Ketua Biro Seranta, Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Al-Khadijiah dengan persembahan oleh peserta.

Kem Kembara Amal 2 Kem Kembara Amal 3
Kem Kembara Amal 4 Kem Kembara Amal 5
Kem Kembara Amal 6 Kem Kembara Amal 7
Kem Kembara Amal 8 Kem Kembara Amal 9
   

Disediakan oleh:

Masjid Jamek Al-Khadijiah, Kg Pantai Dalam, Kuala Lumpur
Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel