05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Amru Al - 'As Santuni OKU

aa

30 Mei 2016 (Isnin) – Bersempena dengan kehadiran Bulan Ramadhan 1437H, Pihak Masjid Amru Ibni Al-‘As, Bandar Baru Sentul telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Ziarah Mahabbah dan Penyampaian Sumbangan kepada Golongan Orang Kelainan Upaya ( OKU ) sekitar kariah Bandar Baru Sentul.

Sumbangan ini disalurkan melalui tabung Kebajikan Masjid untuk membantu golongan OKU bagi menghadapi bulan Ramadhan yang akan datang. Penyampaian sumbangan ini diadakan di 5 buah surau di bawah kariah Masjid Amru Ibni Al-‘As bermula 23 Mei hingga 30 Mei 2016. Penyampaian ini disempurnakan oleh Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain selaku Pengerusi Masjid.

Penyampaian sumbangan ini melibatkan 78 orang OKU di sekitar Bandar Baru Sentul. Di samping itu, pihak Masjid berpeluang melihat dan meninjau keadaan surau di bawah kariah Masjid serta dapat mengeratkan tali persaudaraan bersama anak kariah.


bb cc
dd ee
   
   
   

Foto dan Teks disediakan oleh:

Masjid Amru Ibni Al- Ass
Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid

 

30


Cetak   Emel