05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Taklimat Kesedaran Halal Peringkat Wilayah Persekutuan 2016

 

 IMG5313

2 Jun 2016 (Khamis)- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan Taklimat Kesedaran Halal Peringkat Wilayah Persekutuan 2016 bertempat di Dewan Syura, Masjid Jamek Annur, bermula jam 8.00 pagi dan berakhir 1.00 tengahari.

Seminar ini adalah berkaitan dengan isu halal dengan fokus topik “Prosedur Permohonan Pensijilan Halal Malaysia”, “Audit,Pemantauan Dan Penguatkuasaan” dan “Akta Perihal Dagangan 2011” yang telah disampaikan oleh Puan Norhidayu Binti Rusali, Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM.

Antara objektif pelaksanaan taklimat adalah untuk memberi informasi yang berguna kepada pengusaha premis makanan bermula dari saat permohonan Sijil Pengesahan Malaysia sehingga  ke tahap pengekalan sijil tersebut.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha premis makanan. Maklumbalas peserta yang hadir terhadap penganjuran seminar ini sangat menggalakkan dan penilaian berdasarkan kepada penglibatan semasa sesi soal jawab dan borang maklumbalas.

Menerusi penganjuran seminar ini, diharapkan agar para peserta akan mendapat pendedahan dan kefahaman berkenaan isu-isu perkhidmatan berkaitan dengan keperluan semasa orang ramai dalam urusan yang berlandaskan syariat Islamiah.

  Slide1
   
   

Disediakan oleh :

Bahagian Penyelidikan


Cetak   Emel