05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG-20160528-WA0018

 

2 Jun 2016 (Khamis )-  Masjid Al-Akram, Kg Datuk Keramat , Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, MPP Sub Zon 4 (Keramat) dan Surau Sri Perlis 1, Kg.Datuk Keramat,  telah mengadakan program gotong royong  tanah perkuburan, bertempat Tanah Perkuburan Kg. Datuk Keramat yang berada di bawah pengurusan Masjid Al-Akram pada 28 Mei 2016.

Program ini merupakan program tahunan Masjid Al-Akram dalam menyatupadukan masyarakat setempat dan untuk  membudayakan masyarakat dalam menjaga kebersihan dalam setiap aspek kehidupan.

Seramai 100 orang anak kariah hadir bagi bersama-sama di dalam program ini, termasuklah anggota-anggota NGO’s yang terlibat yang memberikan komitmen yang baik dalam menjayakan program. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif kepada semua peserta serta mendapat rahmat oleh Allah SWT.

Majlis Perasmian ini telah di sempurnakan oleh YB. Datuk Johari Bin Abdul Ghani Timbalan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa. 

 

IMG-20160528-WA0016 IMG-20160528-WA0015
IMG-20160528-WA0019 DSC 2349
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel