05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

DSC 2366

 2 Jun 2016 (Khamis )-  Masjid Al-Akram, Kg Datuk Keramat , Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4 telah mengadakan satu Forum Perdana sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi, bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Akram pada 28 Mei 2016.

Forum Perdana  bermula dari jam 730 malam sehingga 9.30 malam yang menggandingkan 2 panel yang tidak asing lagi iaitu Y.bhg Dato’ Noh Gadut dan Y.bhg Dato’ Kamaruddin Bin Zakaria Al-Hafiz, manakala moderator di kendalikan oleh Y.bhg Dato Hj Subirin Bin Sahan.

 Kedua-dua panel telah menekankan kepentingan niat  dan persediaan dalam menghadapi bulan ramadhan serta amalan-amalan yang baik untuk di amalkan sepanjang menghadapi bulan yang penuh barakah ini 

Seramai 500 orang anak kariah hadir bagi bersama-sama di dalam program ini. Hasil dari forum yang dijalankan ini, diharap agar jemaah dapat mempertingkatkan daya usaha untuk meneruskan momentum sedia ada dan juga sebagai pembakar semangat untuk terus menambah amalan-amalan ibadah fardhu mahupun sunat dalam menjalani ibadah seharian, khususnya pada bulan ramadhan serta menjadikan ramadhan ini sebagai titik tolak kejayaan  ibadah seharian.

 

DSC 2363 28129 DSC 2359
DSC 2373 1 forum perdana mei 2016
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel