05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sukan SIRAJ 2016

 

28 Mei 2016 (Sabtu) – Murid-murid Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (SIRAJ) telah mengadakan sukan SIRAJ bagi tahun 2016. Dua buah SIRAJ yang terlibat iaitu SIRAJ al-Alusi, Keramat dan SIRAJ Saidina Othman bin Affan, Cheras. 

Sukan SIRAJ pada tahun 2016 bertemakan kasih sayang. Nilai kasih sayang adalah nilai murni yang membawa kepada sikap perihatin, bertanggungjawab dan belas ihsan sesama insan. Persepakatan dan ukhwah dapat dijana melalui aktiviti sukan yang diadakan. Turut memeriahkan sukan tersebut ialah dengan kehadiran dan penyertaan ibubapa dalam acara-acara sukan yang ditentukan. 

Seramai 139 murid di SIRAJ al-Alusi dan seramai 2016 murid di SIRAJ Saidina Othman bin Affan telah menjayakan program tersebut sukan tersebut di perkarangan sukan SIRAJ masing-masing. Semua kontinjen telah menunjukkan kemeriahan bersukan melalui pakaian yang berwarna warni. Perbagai acara yang telah dipertandingkan, antaranya; acara olahraga, bawa bola ping-pong dalam sudu, isi air dalam botol, baling tin dan susun semula dan lain-lain. Manakala acara yang melibatkan ibubapa ialah acara boling padang dan sepak takraw.

   
   
   

Cetak   Emel