05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Gotong Royong Perdana SRA Abdullah Ibnu ‘Abbas

 

 

 

27 Mei 2016 (Jumaat) – Bahagian Pelajaran telah mengadakan gotong royong di SRA Abdullah Ibnu ‘Abbas Pantai Dalam, bertujuan memastikan kawasan sekolah dalam keadaan bersih dan kemas sebelum memulakan operasi pada 13 Jun 2016. Program ini melibatkan guru – guru SRA/ KAFA dan mendapat kerjasama jawatankuasa Surau al - Hijrah dan penduduk setempat bagi membersihkan kawasan persekitaran luar dan dalam sekolah.

 

Serentak dengan majlis ini juga telah diadakan Majlis Pelancaran Gotong Royong Perdana SRA/KAFA  yang disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI dengan diiringi oleh YBhg. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Pihak Jabatan amat berbangga dengan penglibatan dan kerjasama daripada guru-guru SRA/KAFA serta masyarakat setempat yang memberikan sokongan dalam usaha memberi keselesaan kepada pelajar dan menceriakan sekolah selaras dengan program 3K ( kebersihan, keselamatan dan kecerian ). Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.  

   
   

Cetak   Emel