05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Jasa Guru Dihargai

 

 

 

28 Mei 2016 (Sabtu) – Bahagian Pelajaran  telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tahun 2016 bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam bertujuan meraikan jasa dan pengorbanan para guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) JAWI. 

Majlis yang disambut secara sederhana ini tetap meriah dengan kehadiran YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI dan  YBhg. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Dua orang guru  iaitu Ustazah  Norhaya binti Razali, Pegawai Penyelaras Pendidikan Zon 3 merangkap Guru Besar SRA Raja Muda Musa, Kampong Baru dan Ustaz Hamidi bin Mohamad Din, Ketua Guru KAFA Masjid Az Zubair Ibn. Awwam,  Cheras telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi tahun 2016. 

Semoga dengan penganugerahan ini bukan sahaja dapat membakar semangat beliau untuk terus menabur bakti   tetapi juga   dapat memotivasikan guru-guru lain untuk terus berusaha gigih  demi kecemerlangan bidang pendidikan Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.  

Diharapkan juga dengan  komitmen, pengorbanan, keikhlasan  dan kesabaran para pendidik yang dicurahkan oleh warga guru JAWI,  matlamat kerajaan untuk membina negara bangsa terlaksana dengan sempurna melalui pendidikan berkualiti  selaras dengan aspirasi  tema hari guru pada tahun ini iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa

 

   

Cetak   Emel