05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Peduli Syria @ Ibn Abbas

PSIA1

27 MEI 2016 (Jumaat) – Masjid Ibn Abbas dengan kerjasama Mycare kawasan batu dan i4SYRIA telah menganjurkan ceramah khas antarabangsa isu Syria dengan tajuk Menjelang Ramadhan Kezaliman Berterusan di Syria yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Noorsyazly Rameli (Aktivis Humanitarian Care Malaysia MYCARE).

Ceramah yang berkisar kezaliman pemerintah Syria serta penderitaan rakyat Syria telah menarik minat 150 orang Jemaah untuk hadir. Isu di Syria adalah isu yang penting selain isu di Palestin kerana ianya berkait rapat dengan persaudaraan sesama Islam. Dengan kedatangan Ramadhan yang bakal tiba ini rakyat Malaysia dapat menyambutnya dengan aman tetapi bagaimanakah nasib rakyat Syria disana dalam menghadapi bulan seribu rahmat ini dengan peperangan.

Program ini telah member impak positif kepada anak jemaah kerana dapat menimba input yang sangat berguna selain member pengajaran kepada anak jemaah betapa perlunya kita bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang hidup dalam aman dan damai. Bersamalah kita bantu saudara kita di Syria dengan menghulurkan apa jua bentuk bantuan.

   
PSIA2 PSIA3
PSIA4 PSIA5
   
   

Disediakan Oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel