05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Fiqh Kontemporari Peringkat Wilayah Persekutuan 2016

24 Mei 2016 (Selasa) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Seminar Fiqh Kontemporari Peringkat Wilayah Persekutuan 2016 bertempat di Dewan Hadhari JAWI bermula jam 8.00 pagi dan berakhir 1.00 tengahari.

Seminar ini adalah berkaitan dengan isu kewangan Islam dengan fokus topik "Pelaburan Menurut Perspektif Islam" dan "Isu-Isu Semasa Dalam Kewangan Islam yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri Chik, Ketua Pegawai Syariah Kumpulan, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Antara objektif pelaksanaan seminar adalah untuk memberi kefahaman kepada para peserta berkaitan isu-isu kewangan seperti pelaburan dan urusniaga mengikut yang ditetapkan oleh syarak serta menjelaskan hukum sesuatu permasalahan kewangan kepada masyarakat mengikut kesepakatan ulama.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi, jabatan kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti KDN, JKR, Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, Jabatan Arkib, PUSPANITA, Jabatan Kraftangan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur, MACMA, PERKIM, YADIM dan lain-lain.

Maklumbalas peserta yang hadir terhadap penganjuran seminar ini sangat menggalakkan dan penilaian berdasarkan kepada penglibatan semasa sesi soal jawab dan borang maklumbalas.

Disamping itu, seminar ini turut dimeriahkan lagi dengan pameran oleh pihak KDN berkaitan al-Quran dan bahan-bahan gunaan yang mendatangkan penghinaan kepada Islam, serta pameran dan promosi perbankan daripada pihak BIMB.

Menerusi penganjuran seminar ini, diharapkan agar para peserta akan mendapat pendedahan dan kefahaman berkenaan isu-isu fiqh kontemporari terutamanya berkaitan muamalat khususnya dalam kewangan Islam. 

 
gambar 1 gambar 2
 gambar 3  gambar 4

 


Cetak   Emel