05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:17
Zohor
16:43
Asar
19:26
Maghrib
20:42
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BAKAL IMAM RATIB DAN PEMBANTU BILAL DIUJI TAHAP KEILMUAN

dffe1f0c-e033-41e4-bb63-5ce26bb4a280

23-24 Nov 2016 – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Temuduga Imam Ratib dan Pembantu Bilal Masjid/ Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Siri 2/ 2016 pada 23-24 November 2016. Temuduga tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Teratai, Bilik Mesyuarat Mawar, Tingkat 1, dan Bilik Mesyuarat Bahagian Pelajaran, Tingkat 3, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Seramai 18 orang panel penemuduga yang berpengalaman telah dilantik iaitu terdiri daripada Pegawai dari Bahagian Pengurusan Masjid, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ketua Imam dan Timbalan Ketua Imam Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan.Seramai 27 orang calon Imam Ratib dan 22 orang calon Pembantu Bilal telah menghadiri temuduga pada kedua-dua hari berkenaan.

1

Tujuan temuduga ini dijalankan adalah untuk memilih calon-calon yang berkelayakan bagi memenuhi kekosongan jawatan Imam Ratib dan Pembantu Bilal yang terdapat di Masjid dan Surau Jumaat. Sesi temuduga ini merangkumi soalan yang berkaitan dengan Al-Quran & Tajwid, Hadith dan Tauhid, Fekah serta serta menguji kemampuan calon dalam membaca Al-Quran, berkhutbah, melaungkan azan dan iqamah.

1

Diharapkan temuduga yang dijalankan ini dapat mengenalpasti calon-calon yang berkelayakan dalam melaksanakan tugas sebagai Pegawai Masjid. 

ff0e0cb3-c5f7-4d9e-a701-1bbca4423e0b fa8d6083-c90d-433f-814d-00a9a01fc567
13004107-1572-4a43-ae98-b9d4001afe0e b0c81db7-f452-415a-9fb0-c78fd424ef9c
   
   

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel