05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG 9820

26 Mei 2016 (Khamis) - Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Zon 4 dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan SEMINAR KELUARGA MAWAR MAWADDAH WA RAHMAH di dewan serbaguna Masjid Al-Muttaqin pada 21 Mei 2016.

Seminar ini telah berlangsung pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang dalam dua sesi iaitu sesi pertama ceramah yang telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Fikri selaku Pengarah International Parenting Consortium dan Puan Jamilah selaku Pengarang Buku Cool Mum Super Dad. Bagi sesi kedua pula telah diadakan forum yang bertajuk ‘ Bapa Hebat Kunci Keluarga Bahagia’ yang telah disampaikan oleh 3 ahli panel yang hebat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu Prof. Dr. Mohd Fauzan, Prof. Madya Dr. Mastura dan Dr. Marsufah.

Seminar ini bertujuan untuk memberi perkongsian bagi memperkukuhkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan menerusi pendidikan dan kemahiran kekeluargaan. Selain itu, ianya dapat mempertingkatkan kualiti hidup dengan mengekalkan ketenteraman, keselamatan dan kebajikan rakyat selaras dengan kemajuan ekonomi. Seramai 63 orang peserta telah menyertai seminar ini yang terdiri daripada ahli kariah dan luar kariah.

Acara perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Al-Muttaqin iaitu Tuan Haji Yahaya Bin Haji Din.

 

IMG 9821 IMG 9822
IMG 9823 IMG 9824
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel