05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sampaikanlah Kami Kepada Ramadhan

AMRU1

23 Mei 2016 (Isnin) – Pentadbiran Masjid Amru Ibni al-‘as Bandar Baru Sentul telah mengambil langkah drastik  bagi menghadapi bulan Ramadhan 1437H dengan mengadakan ceramah khas Ambang Ramadhan yang bertempat di dewan solat Masjid Amru Ibni Al-‘As.

Satu majlis pelancaran khas ihya’ Ramadhan telah dilancarkan oleh pengerusi masjid Datuk Haji Abdul Razak dengan memaklumkan segala aktiviti – aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Ceramah yang diadakan selama hampir 1 jam itu telah bermula selepas solat maghrib yang dihadiri oleh jemaah seramai 500 orang. Tetamu jemputan khas program ini iaitu juara Pencetus Ummah musim 1 PU Hafiz.

Intipati dalam ceramah yang disampaikan oleh PU Hafiz antaranya menekankan kepada anak jemaah agar sentiasa bersedia dalam menghadapi kedatangan bulan Ramadhan dari segi rohani dan jasmani. Di samping itu, satu transformasi dalam menghidupkan ibadah madrasah Ramadhan dapat dilaksanakan dengan adanya program sepanjang  Ramadhan yang telah disediakan oleh pihak masjid.

 

AMRU2 AMRU4
AMRU5 AMRU7
   
   
   

Foto dan Teks oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid

 


Cetak   Emel