05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PERHIMPUNAN BULANAN JAWI LABUAN KALI KE 2/2016

 87S8443

 

23 Mei 2016 (Isnin) : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan JAWI Labuan bertempat di Dewan Syura Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis perhimpunan ini telah dihadiri lebih 190 orang kakitangan JAWI Labuan yang bertugas di pejabat, sekolah dan masjid.  

Acara telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan. Perhimpunan ini adalah bertujuan memupuk semangat cintakan organisasi dalam meningkatkan perkhidmatan JAWI kepada seluruh masyarakat Islam Labuan. Dalam ucapan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan beliau menekankan tentang perlunya prestasi jabatan ditingkatkan sesuai dengan pertambahan sumber manusia yang berlaku di Jabatan Agama Islam W.P Labuan.

Dalam usia kematangan JAWI Labuan yang berusia 25 tahun kemantapan dalam penyampaian perkhidmatan adalah kayu ukur kepada Jabatan ini dimata masyarakat Labuan. Semua kakitangan juga perlu melihat pencapaian cawangan masing-masing dan memaksimakan peranan serta melihat kehadapan dan tahu menggunakan peluang yang ada bagi memajukan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam di W.P Labuan.

Turut diadakan pada majlis berkenaan adalah penyampaian hadiah APC bulanan peringkat Jabatan, penyampaian hadiah kepada kakitangan yang baru menyambut cahaya mata, hadiah hari kelahiran dan sumbangan kepada kakitangan JAWI Labuan yang menerima musibah. Acara diakhiri dengan tayangan multimedia pengenalan semua kakitangan JAWI Labuan yang telah menerima APC peringkat JPM baru baru ini di Putrajaya.

 

 87S8453  87S8454
 87S8458  87S8483
  87S8459   87S8453
   
   

Foto dan Teks oleh :

 JAWI LABUAN

 

 


Cetak   Emel