05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Siri Pengukuhan Nilai-Nilai Islam Bersama Brother Shah Kirit Bin Kakulal Govindji & Lawatan Rasmi Perwakilan Khas Komuniti Muslim Di Amerika Syarikat

PSPN1

 

20 Mei 2016 (Jumaat) – Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur (MJBKL) dengan kolaborasi Unit Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan Program Siri Pengukuhan Nilai-nilai Islam Bil.2/2016 dengan pengisian dan perkongsian ilmu bersama Brother Shah Kirit Bin Kakulal Govindji, seorang personaliti & aktivis dakwah dan berpengetahuan luas dalam bidang perbandingan agama.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dimulai dengan ceramah yang disampaikan oleh Brother Shah Kirit Bin Kakulal Govindji (Bro. Shah) bertajuk: Tolerance & Equality in Religion kepada hampir 100 orang pegawai dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Program ini telah diakhiri dengan sesi perkongsian istimewa bersama Mr. Syaarik Zafar, Perwakilan Khas Komuniti Muslim di Amerika Syarikat. Beliau telah berkongsi beberapa informasi berkaitan Interfaith Dialogue at the Western World and How the American Muslim Response to the Current Situation


Mr. Syaarik Zafar bersama lima(5) delegasi daripada Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia telah hadir bersama dalam program ini, melalui rangka lawatan rasmi ke MJBKL dan menunaikan Solat Jumaat disini. Turut hadir bersama bagi meraikan lawatan rasmi ini ialah Tuan Haji Jaafar Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Ustaz Mohd Hilmee Bin Hj. Umar, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir MJBKL serta Ustaz Syed Abdullah Bin Syed Nordin, Pegawai Integriti DBKL merangkap Ahli Jawatankuasa Pentadbir MJBKL. 

   
PSPN2 PSPN3
PSPN4 PSPN5
PSPN6 PSPN7
   

Disediakan Oleh:
Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel